Pemain dram Rolling Stones, Charlie Watts meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pemain dram Rolling Stones, Charlie Watts meninggal dunia

Gambar Instagram @charliewattsofficial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain dram kumpulan legenda, Rolling Stones, Charlie Watts menghembuskan nafas terakhirnya semalam selepas menarik diri daripada sesi jerayawara kumpulan tersebut atas masalah kesihatan tiga minggu lalu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan jurucakap pemain dram legenda itu, Bernard Doherty, Watts yang berusia 80 tahun meninggal dunia di sebuah hospital ketika ditemani ahli keluarganya.

“Dengan dukacitanya, kami memaklumkan Charlie Watts sudah meninggal dunia. Beliau meninggal dengan tenang di hospital di samping ahli keluarganya.

“Mendiang merupakan seorang suami, ayah dan datuk yang penyayang. Beliau juga salah seorang ahli Rolling Stones dan seorang pemain dram legenda.

“Kami meminta agar semua memberikan ruang kepada keluarga, ahli kumpulan Rolling Stones serta rakan-rakan terdekatnya,” kata kenyataan itu.

Watts yang dilahirkan pada 2 Jun 1941 di London itu mula bermain muzik ketika usia 10 tahun dan menganggotai Rolling Stones sekitar tahun 1963.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya