Zizan mahu isteri memahami, tak kisah walau selebriti - Utusan Malaysia

Zizan mahu isteri memahami, tak kisah walau selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak, pelakon dan pengacara terkenal, Zizan Razak, 37, mencari wanita yang mampu memahami diri dan kerjaya sebagai antara krtiteria utama calon isterinya.

Menurut Zizan, baginya, aspek itu penting kerana tidak semua orang mampu memahami kerjaya sebagai seorang anak seni yang tidak cuma berpaksikan pada dunia glamor semata-mata.

“Saya nak cari wanita yang memahami, ini penting. Tentulah kita nak sama-sama saling memahami kerana bukan kita sahaja yang perlu difahami. Saya pun tak naklah dominan cuma mungkin sebagai suami, kelebihan itu ada pada saya.

“Saya juga nak wanita itu boleh pantau apa kelemahan dan kekurangan saya,”katanya.

Zizan berkata demikian semasa membuat sesi Live bersama rakan artisnya, pelakon Shaheizy Sam, Syatilla Melvin dan Azad Jasmin malam semalam.

Pertanyaan mengenai calon isteri itu telah diajukan oleh Syatilla termasuk kemudiannya oleh Sam dan Azad.

Selain itu, kata Zizan, dia tidak pernah menolak andai suatu hari dijodohkan dengan seorang wanita yang juga selebriti atau artis kerana percaya semua itu adalah satu ketentuan Ilahi.

“Selebriti atau artis, semua pun juga adalah manusia. Kenapa pula ada yang nak pertikai sesuai atau tidak? Kalau Tuhan kata saya sesuai dengan selebriti, awak nak cakap apa?

“Kita tidak boleh mempersoalkan hal itu kerana itu bukan kehendak kita, cuma iya, kita boleh berusaha,”katanya.

Menurut Zizan lagi, hanya orang yang tidak berilmu pengetahuan sahaja yang gemar bercakap sesuka hati sedangkan soal jodoh dan ajal itu adalah rahsia Allah SWT.

“Serupalah macam orang pertikai, jangan kahwin dengan janda. Walhal, Rasullullah SAW juga berkahwin dengan seorang janda. Ibaratnya orang Melayu ini sudah set minda mereka dengan larangan begitu, jangan kahwin jandalah, artislah, apa salah mereka?

“Tetapi, tak boleh salahkan masyarakat juga sebab mungkin mereka fikir begitu kerana sebelum ini ada golongan artis dan selebriti yang buat ‘tahi’.Contohnya artis terlibat dadahlah, kaki perempuanlah, itu dan ini. Benda ini menakut-nakutkan mereka,”katanya.

Pun begitu, kata Zizan, dia percaya bahawa seiring dengan perkembangan zaman, ramai artis dan selebriti era kini semakin berjaya terutama dalam bidang perniagaan.

Dalam pada itu, kata Zizan, dia tetap bersyukur sekiranya belum ada rezeki bertemu jodoh kerana percaya Allah SWT sudah menetapkan yang terbaik dan waktu yang tepat untuknya.

“Semua itu sudah tertulis di Luh Mahfuz. Tapi betul, kita boleh mohon doa dan meminta padaNya. Kalau Dia izinkan takdir itu berubah, maka terjadilah,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya