“Saya bukan orang baik” - Elyana - Utusan Malaysia

“Saya bukan orang baik” – Elyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sedih Poklip bila mendengar kenyataan itu daripada mulut penyanyi, Elyana. Baru-baru ini kami ada bersembang. Bercerita tentang bagaimana keadaan dia sekarang selepas menjalani rawatan radioterapi.

Poklip sebenarnya cukup hormat dengan Elyana. Orangnya kuat dan tabah. Semasa berbual pun, tidak ada nada sedih atau meminta simpati. Dia sentiasa tergelak dan ketawa seperti tiada masalah dalam hidupnya.

Walaupun hakikatnya, kita semua tahu dia masih berjuang melawan kanser limfoma sejak 10 tahun lalu. Itulah Elyana, penyanyi yang cukup popular dengan imej berkaki ayam di atas pentas.

Rancak kami berbual, tiba-tiba Elyana meluahkan rasa terharu dengan doa dan sokongan peminatnya. Dia tidak menyangka, sehingga hari ini dia dihujani dengan kata-kata sokongan malah hadiah daripada peminat.

“Saya bukan orang baik tau Poklip. Tetapi kasih sayang mereka tak pernah pudar. Sentiasa ada sahaja kata-kata semangat mereka untuk saya. Tak cukup dengan doa, mereka hantar pula makanan dan hadiah.

“Dulu saya banyak buat silap. Kita manusia kan? Tetapi saya fikir inilah bukti cinta daripada Tuhan. Dia beri saya kesakitan namun disertakan dengan kasih sayang semua orang. Terima kasih,” ujarnya.

Poklip sendiri pun sentiasa mendoakan kesembuhan dan kesihatan yang baik bukan sahaja untuk Elyana, tetapi untuk kita semua. Di kala pandemik ini, kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan Malaysia.

Kepada peminat Elyana, tahniah! Anda membuktikan kasih sayang tidak hanya dicanang dalam media sosial tetapi ikhlas dari hati. Teruskan berbuat baik dan mendoakan kita semua sentiasa di bawah payung cinta Ilahi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya