KUALA LUMPUR: Legenda rock, Datuk Awie mengakui pandemik dan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dilaksana menyebabkan dia hilang separuh mata pencarian sebagai seorang anak seni. Ketiadaan tawaran dan larangan untuk melakukan penggambaran mengakibatkan dia hilang punca pendapatan sekali gus ‘mengorek’ simpanan yang makin lama makin ‘menipis’. “Saya cuma bernasib baik kerana ada perniagaan sambal. Ada juga penglibatan untuk kerja rakaman sempena sukan Olimpik dan kerja-kerja amal lain. Tetapi…










