Sombong betul Instafamous itu - Utusan Malaysia

Sombong betul Instafamous itu

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ini memang pengalaman Poklip sendiri. Kira sayalah saksi kejadian tersebut. Terkejut juga tetapi Poklip lebih kasihan dengan peminat yang beratur dan teruja untuk bertemu seorang Instafamous ini. Orang kata relung mata bersinar-sinar.

Kisahnya Poklip ada menghadiri bazar jualan untuk persiapan Aidilfitri semasa bulan puasa hari itu. Nasib baik semasa Poklip sampai, kehadiran memang tidak ramai dan kita boleh berjalan tanpa bersentuhan dengan orang lain.

Kira penjarakan sosial terjaga dan paling penting, gunalah pembersih tangan selalu. Tetapi Poklip bukan handak buat kelas norma baharu tau. Cuma nak ceritakan pengalaman sendiri melihat insiden yang bagi Poklip, sangat mengaibkan.

Semasa melalui gerai milik Instafamous itu, Poklip lihat ada beberapa peminat beratur untuk bergambar dengan si polan itu. Kira dia memang popular dan ramai peminat terutama dalam kalangan gadis-gadis hijabista.

Tetapi yang buat Poklip sakit hati adalah cara layanan si polan itu terhadap peminat-peminatnya. Dia hanya duduk dan membuat riak bosan apabila peminat terlompat-lompat mahu bergambar. Macam sombong sangat pula Poklip lihat.

Bukan apa, peminat itu juga yang membeli produk-produk awak. Apa kata maniskan senyuman dan melayan mereka sebaik mungkin. Kalau bukan atas tiket peminat pun, cukuplah atas dasar sesama manusia. Bukan dia datang berpelukan pun.

Mereka berdiri pun jauh jauh. Tak perlu belanja riak bosan dan menyombong awak itu. Kalau tak mahu, sila bagi tahu awal awal. Letakkan banner cakap, tiada sesi bergambar. Kan senang? Ini mula-mula setuju, tapi menyombong. Ish tak suka tau!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN