Enot menangis positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Enot menangis positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pelawak Enot mengaku tidak dapat menahan sebak dan sedih selepas mengetahui dirinya disahkan positif Covid-19.

Menurut Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah, 43, dia mendapat tahu perkara tersebut selepas didapati merupakan kontak rapat dengan seorang daripada kru produksi ketika menjalani sebuah penggambaran baru-baru ini.

“Saya menangis sebab macam-macam yang difikirkan dalam kepala. Tapi saya pujuk juga diri supaya tabah dan kuat. Jika tiga tahun saya boleh tempoh menghidap kanser, setakat 14 hari kuarantin, InsyaAllah saya mesti boleh buat.

“Sekarang ini, saya duduk bertiga dengan anak dan sepupu. Alhamdulillah, keputusan swab test mereka negatif. Itu membuatkan saya sangat bersyukur,”katanya.

Enot berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakannya memuat naik status di Instastory seolah-olah memberi bayangan dia kini sedang sakit.

Dalam pada itu, menurut Enot, buat masa ini, keadaannya semakin baik walaupun sebelum ini berdepan dengan masalah hilang deria bau, deria rasa dan batuk.

Berkongsi mengenai simptom yang dialami, kata Enot dia sebelum ini mengalami demam, batuk, muntah dan cirit-birit selepas dua hari melakukan ujian calitan.

“Saya disahkan dijangkiti wabak tersebut pada Ahad lalu. Selepas raya, saya ada menjalani satu penggambaran dan bila dah selesai, baru dapat tahu kru terbabit positif selepas berjangkit dengan abang dia.

“Cuma waktu itu saya sekadar jalani kuarantin sahaja memandangkan sebelum penggambaran, dah buat swab test dan keputusannya negatif. Bagaimanapun, di hari kedua saya alami kesemua gejala itu,”katanya.

Sebelum ini, Enot menerusi laporan media pernah disahkan menghidap kanser usus pada tahun 2013 namun kini sudah sepenuhnya pulih dan sihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya