Tak mengaku positif? - Utusan Malaysia

Tak mengaku positif?

POKLIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seram sejuk Poklip bila dengar dakwaan sebuah produksi yang menyorokkan status positif Covid-19 dalam kalangan kru yang terlibat dalam satu drama baru-baru ini. Ingat perkara main-main ke?

Sepatutnya sebagai sebuah syarikat produksi yang terkenal, isu seperti itu tidak seharusnya dibuat seperti tiada apa-apa berlaku. Ini melibatkan kesihatan malah nyawa orang lain tau.

Dakwa rakan Poklip, dia bakal memulakan penggambaran dengan sebuah produksi namun tiba-tiba sahaja, ada yang menyampai cerita ramai kru yang terlibat dalam drama itu positif. Jadi takutlah dia kan!

Tanpa berlengah dia segera menghubungi pengurus produksi supaya segala dakwaan dapat dirungkai. Namun, telefon punya telefon, diam seribu bahasa. Maka, bermulalah kisah sakit hati.

Tup-tup dia mendapat pesanan bahawa penggambaran itu terpaksa ditangguhkan sementara kerana menghormati saranan kerajaan. Eh bukan sebab ramai positif ke? Ke saja nak tutup cerita?

Tanpa berlengah, pelakon itu terus membatalkan penyertaannya kerana dia percaya, jika perkara serius seperti itu boleh dibuat main, apatah lagi isu-isu lain kan. Baik dia angkat kaki!

Cuma pesanan Poklip kepada produksi itu, awas ya! Duit boleh cari tau bang. Itu sahaja, bye!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN