fbpx

Orang Malaysia semakin terukkah? – Catriona Ross

PETALING JAYA: Pelakon popular, Catriona Ross meluahkan rasa marah terhadap kedegilan segelintir rakyat Malaysia apabila mereka mengambil tindakan pulang ke kampung sebaik kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ pada jumaat lepas.

Menerusi perkongsian di Instagram Catriona, dia juga meluahkan rasa hairan apabila segelintir rakyat masih tidak memahami arahan yang telah dikeluarkan kerajaan baru-baru ini.

“Saya tertanya-tanya kenapa semua orang masih tidak memahami apa yang diperkatakan kerajaan. Sebelum ini kamu semua kata #kerajaangagal, tetapi kali ini saya nak cakap awak adalah rakyat yang gagal.

“Selama ini awak meroyan di media sosial mendoakan ahli dalam kerajaan ditimpa bala musibah kerana tidak memberi satu perintah kawalan pergerakan (lockdown) yang diinginkan.

“Selepas kerajaan dah mengumumkan, kamu semua ada atas jalan raya berpusu-pusu balik ke kampung sekali lagi. Tak cukup lagi ke yang lain sudah mencetuskan kluster aildilfitri serta berapa orang telah meninggal akibat Covid-19 ini,” luahnya.

Seterusnya, Catriona menyifatkan segelintir mereka yang berdegil pulang ke kampung pada ketika ini mempunyai masalah mementingkan diri sendiri dan tidak berhati perut.

“Apabila kerajaan mengumumkan tidak dibenarkan pulang ke kampung dan tiada ziarah raya, awak semua balik ikut jalan kampung, ladang kelapa sawit serta ladang getah. Akhirnya awak balik ke Kuala Lumpur mewujudkan kluster aidilfitri.

“Kalau kita terkena secara tidak sengaja, kita kata itu takdir Allah. Tetapi kalau awak semua yang senjaga mencari masalah macam ini, kita nak cakap macam mana pula?” katanya.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut mendapat perhatian petugas barisan hadapan yang menyokong penghasilan video kesedaran tersebut. Malah, video itu juga telah dikongsi Buletin TV3.

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!