TERNYATA Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung tempoh hari bukan sekadar medan pertembungan 12 lagu yang bertanding. Selain persembahan, apa yang turut menjadi perhatian penonton pada malam itu tentunya fesyen yang dikenakan selebriti. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya pasti ada yang terpalit dengan jenaka lucu warganet berkaitan pakaian. Kali ini pengacara dan penyampai radio Hot FM Haziq Hussni tidak terlepas menjadi ‘bahan’ dalam laman sosial. Cukup positif berkongsi pengalaman. Jujurnya…











