Demi Lovato dakwa dirogol ketika remaja - Utusan Malaysia

Demi Lovato dakwa dirogol ketika remaja

DEMI LOVATO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi terkenal, Demi Lovato mendedahkan bahawa beliau pernah `dirogol’ pada usia remaja ketika menjadi bintang Disney Channel.

Lovato membuat pendedahan itu dalam satu dokumentari yang disiarkan pada pembukaan festival South By Southwest (SXSW) secara dalam talian.

`Demi Lovato: Dancing with the Devil’, sebuah siri YouTube Originals yang mengisahkan mengenai kehidupan Lovato berkaitan masalah pengambilan dadah berlebihan sehingga menyebabkan kerosakan otak dan separa buta pada 2018 serta cabaran terpaksa dilalui akibat ketagihan.

Empat episod yang disiarkan sebagai pembukaan pada majlis SXSW turut memaparkan serangan seksual terhadap Lovato termasuk kejadian yang menimpanya pada malam pengambilan dadah berlebihan.

“Saya tahu apa yang saya katakan ini akan mengejutkan semua orang. Ketika itu, saya berada dalam situasi hampir sama… saya hilang dara kerana dipaksa,” katanya.

Lovato, 28, bagaimanapun tidak mendedahkan nama individu berkenaan dan hanya mendakwa kejadian rogol itu berlaku ketika menjadi sebahagian anggota kumpulan Disney.

Malah, kata penyanyi itu, beliau terpaksa berdepan dengan individu berkenaan hampir sepanjang masa selepas insiden tersebut.

Menggelar kejadian itu sebagai `kisah my#MeToo’, Lovato mendakwa telah melaporkan mengenai kejadian tersebut namun tiada tindakan diambil terhadap pelaku.

Lovato menjadi terkenal selepas filem Disney Channel, Camp Rock yang dirakam ketika beliau berusia 15 tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×