Ameer Forteen dapat anak lelaki kedua - Utusan Malaysia

Ameer Forteen dapat anak lelaki kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi terkenal, Ameer Forteen, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar, selamat melahirkan cahaya mata lelaki kedua pukul 7.52 pagi semalam.

Berita gembira itu dikongsi sendiri Ameer atau nama sebenarnya Mohd Arif Ameerais Azhar. menerusi akaun Instagramnya.

“Alhamdulillah kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Putera kedua kami telah selamat dilahirkan secara normal. Seberat 3.77 kilogram. “Doakan semoga ibu dan bayi sihat sentiasa dan dipermudahkan urusan.

“Terima kasih atas titipan doa daripada kalian. Semoga doa yang baik-baik berbalik kepada kalian juga. Insya-Allah,” coret Ameer.

Ruang komen penyanyi itu dibanjiri ucapan tahniah dan doa selamat daripada kalangan peminat dan rakan artis. Ameer dan isteri mendirikan rumahtangga pada 1 Mac 2019 dan hasil perkongsian hidup dikurniakan cahaya mata pertama, Noah Eusoff pada 14 Mac 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya