Mark, buktikan kemampuan! - Utusan Malaysia

Mark, buktikan kemampuan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Peringatan awal, tolong jangan baca dengan pemikiran negatif. Ini cuma satu pandangan dan pendapat peribadi yang mungkin tidak semua akan mengangguk setuju. Biasalah, itu lumrah. Takkan nak paksa pula kan.

Baru-baru ini kecoh apabila pelawak, Mark Adam dipilih untuk menggantikan Shuib sebagai penyampai radio segmen Geng Pagi Hot (GPH). Ramai memuji dan ada juga yang kurang bersetuju.

Pertama sekali, Poklip mahu ucap tahniah. Kita lihat sendiri bagaimana Mark berusaha untuk berada di kedudukannya sekarang. Bukan kerja satu malam tetapi kudrat dan usahanya berbaloi.

Cuma ada persoalan manja, mengapa perlu diletakkan pelawak sebagai penyampai radio? Bukan mahu mengkritik Mark, cuma tiada lagikah artis atau individu yang boleh menjadi penyampai radio?

Kita lihat sendiri, segelintir penyampai radio kini lebih banyak gelak dengan lawak sendiri berbanding memberi informasi. Itu belum lagi kes perlekehkan pemanggil radio atau rakan sekerja.

Poklip berharap sangat Mark mampu membuktikan sebaliknya. Kalau boleh, sudah-sudahlah dengan lawak tak pandai bahasa Melayu. Mungkin Mark boleh tampilkan sesuatu yang berbeza untuk pendengar semua.

Poklip tahu Mark mampu melakukan itu. Tidak mustahil sebenarnya kerana ada sahaja penyampai radio dalam kalangan pelawak yang tidak ‘syok sendiri’ bila bertugas. Malah, nampak bijak dan teratur.

Bukan apa, kadang-kadang telinga bingit bila dengar penyampai radio bergelak sakan tanpa kita faham apa sebenarnya yang dibualkan. Terpinga-pinga juga. Kita dengar radio ke dengar perbualan Whatsapp sebenarnya.

Apa pun, sudah tiba masanya stesen radio juga ambil berat dengan perkara ini. Jangan kerana popular, terus dianggap layak untuk jadi penyampai radio. Terima pendapat dengan hati terbuka, untuk kemajuan bersama.

Masih anak seni, belum ‘cuci tangan’ – Nabil Ahmad

Tular dalam laman sosial baru-baru ini menunjukkan pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad menyertai jemaah tabligh. Mendapat reaksi positif peminatnya ada yang cukup bersyukur dengan apa yang dilalui Nabil kini.

Bagaimanapun, ada khabar terbaharu yang Kekda dengar mengenai perubahan Nabil ini. Menurut cerita ini khabarnya selebriti popular ini sudah ambil keputusan untuk `cuci tangan’ daripada terlibat dengan dunia hiburan. Bermakna tidak mahu lagi bergelar anak seni, demi memberi tumpuan kepada bidang berbeza kini.

Jujurnya bukan sesuatu yang Kekda boleh bayangkan, industri tanpa Nabil. mengenalinya sejak 10 tahun lalu Nabil boleh dikategorikan sebagai seorang yang cukup berbakat. Tidak menunggu lama Kekda terus sahaja bertanyakan hal ini kepada Nabil.

Menjelaskan dia sendiri tidak pernah membuat keputusan drastik begitu. Tambah Nabil, sehingga ke saat ini dia sentiasa menghargai rezeki dalam bidang hiburan.

“Mana ada kak, saya masih dalam industri. Rezeki saya masih di sini dan saya sangat hargainya. Belum mahu cuci tangan lagi.

“Bagaimanapun saya tidak nafikan mungkin selepas ini ada perubahan yang berlaku. Ke arah Islamik, doakan saya ya kak,”katanya lembut.

Selain Nabil, Kekda sebenarnya lebih tertarik dengan penampilan baharu isterinya Zira. Manis betul bila bertudung. Semoga terus murah rezeki ya!

Marah ke tu?

Kelakar sebenarnya bila ada rakan Poklip membangkitkan isu ini. Mana tidaknya, ada ke dia bertanya, betul ke pelakon lelaki popular seorang ini buat muka? Aduh! Susah nak jawab bab buat muka atau tidak ini.

Kisahnya, rakan Poklip ini tertengok satu drama yang sedang hangat ditayangkan. Rata-rata pelakon memang menjiwai watak. Cukup rencah cukup semua. Kalau diibaratkan dalam bentuk makanan, kira licinlah lauk!

Tetapi peliknya, kawan Poklip mendakwa, pelakon lelaki itu tidak cukup power bila melakonkan babak marah. Poklip tanya juga kenapa, rupanya sebab bila marah, wajah pelakon lelaki itu kejung tak bergerak.

“Eh terlebih botox ke?” tanya si polan sambil disambut dengan wajah keliru. Maka, tak mahu berat sebelah, Poklip layan jugalah satu episod drama itu. Memang terbaik jalan cerita, tetapi bab buat muka, Poklip tak boleh komenlah.

Secara peribadi, pelakon lelaki itu berjaya menghidupkan wataknya dan tidaklah sampai muka kejung apabila babak marah atau sedih. Kira kalau tengok orang rasa dan boleh jatuh kasihan dengan pelakon itu.

Walaupun rakan Poklip tak setuju tetapi yalah, masing-masing ada pendapat sendiri. Tak boleh nak ikut sedap tekak kita sahaja kan.

Janganlah kita berburuk sangka dan anggap sahaja, wajah pelakon itu memang sedia terletak. Gitu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya