Fadlan masih aktif berlakon - Utusan Malaysia

Fadlan masih aktif berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Fadlan Hazim, 29, berkata, dakwaan beliau berehat sebentar dari radar seni hiburan adalah tidak benar sama sekali.

Pelakon kacak tinggi lampai ketika dihubungi berkata lagi, mungkin kerana tiada karya baharu lakonannya di kaca televisyen membuatkan orang tertanya-tanya.

“Tak tahulah dari mana orang boleh bercakap saya ‘berehat sementara’ itu. Mungkin disebabkan saya sudah lama tak keluar TV dengan drama baharu atau mungkin juga ada yang terbaca artikel fasal masalah saya yang bergelut dengan gangguan mental beberapa bulan yang lalu,” ujarnya yang kini sudah sihat sepenuhnya.

Terdahulu Fadlan ada membuat perkongsian menerusi Instagram meluahkm rasa bengang apabila ada dakwaan tidak benar mengenaik karier seninya.

“Siapa yang pandai-pandai cakap aku ‘berehat sementara’ dari industri? Aku sakit pun datang set macam biasa, tak pernah minta cuti kecuali kalau kena masuk wad,” selorohnya.

Menurut aktor itu, hal ini kerana beberapa drama lakonannya masih belum ditayangkan. Antara pembabitan drama dan filem popularnya seperti Raisha 2 dan Sangkar.

“Sekarang ini selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya sambung dengan penggambaran drama Shah Alam 40k untuk saluran TV3 yang sepatutnya pada Januari lalu dan habis (wrap), tapi apakan daya PKP dilanjutkan,” ujarnya yang masih berbaki lagi dua hari.

Mengulas berkenaan penggambaran dalam situasi norma baharu, kata Fadlan semua pergerakan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Perbezaan dan cabarannga sebab banyak kena ikut SOP, kena pakai pelitup muka di lokasi, sanitasi tangan lepas keluar masuk set, banyak perkara terpaksa dihadkan, tidak boleh bergaul rapat biarpun di lokasi, jarak itu kena jaga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya