‘Allah lebih sayang’- Ibu Riezman meninggal dunia - Utusan Malaysia

‘Allah lebih sayang’- Ibu Riezman meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Riezman Khuzaimi, 51, memaklumkan ibu tercinta, Siti Fauziah Wan Sheikh menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 6.45 petang semalam.

Menerusi perkongsian dimuat naik pelakon Gerak Khas itu di ruangan Instagramnya, Riezman turut memberitahu Allahyarhamah telah dimandi dan dikafankan di Masjid Bukit Antarabangsa pagi tadi.

“Saat itu tiba jua, Allah lebih menyayangi bonda ku yang telah menghembuskan nafas terakhir di alam ini dengan kalimah syahadah di bibirnya.

“Moga amalan arwah mak dan anak-anak yang soleh menjadi penemannya di alam barzakh sana. Semoga Allah ampunkan lah segala dosa-dosa mak serta tempatkan mak bersama kalangan orang-orang yang beriman.

“Man minta ampun segalanya dan tiada akan putus doa daripada anak mu ini mak,” tulisnya yang akan sentiasa merindui.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan-rakan artis turut membanjiri memberikan salam takziah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya