Memang salah saya - Kecik - Utusan Malaysia

Memang salah saya – Kecik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cukup berani mendedahkan dia pernah tinggal sebumbung dengan seorang wanita tanpa sebarang ikatan satu ketika dahulu.

Sehingga kini pendedahan Kecik yang juga bekas vokalis kumpulan Hyper Act, mendapat pelbagai reaksi warganet.

Melalui komen yang dibaca Kekda, ramai netizen yang mempersoalkan niat sebenar penyanyi ini

Malah ada yang mendakwa mungkin perbuatan Kecik mendedahkan aib sendiri ini sekadar meraih populariti sahaja. Tetapi jelas Kecik, bukan itu niat sebenar dirinya.

Kata Kecik kepada Kekda, sebagai seorang yang masih waras dia jelas akan kesalahan besar dirinya itu.

“Saya tahu apa yang pernah dilakukan itu salah dan tidak nafikan saya menyesal. Tetapi tujuan saya dedahkan aib sendiri itu bukan mahu mencari ruang popularkan diri. Kalau betul sudah lama saya keluarkan produk sendiri ketika ini.

“Jujurnya saya mengambil masa lama sebelum buat keputusan mendedahkan apa yang dilalui pada Julai lalu di Twitter. Memang ramai mengecam sehingga hari ini, tetapi niat saya hanya mahu berkongsi.

“Secara peribadi, apa yang saya belajar bagaimana seorang budak kampung boleh terpesong bila datang ke bandar tanpa bimbingan yang betul. Tetapi macam saya katakan kesalahan yang dilakukan itu bukan sesuatu yang dibanggakan,”katanya.

Cuba untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan kontroversi yang melanda seorang penyampai radio dan pelawak ketika ini, kata Kecik lagi bukan niatnya untuk berada pada pihak mana-mana.
Namun sebagai seorang yang pernah melalui pengalaman yang hampir sama, dia berharap agar netizen bersikap adil dalam memberi komen.

Buat muka ke?

Rasanya bukan sekali dua orang bertanyakan Poklip tentang perubahan wajah pelakon lelaki ini. Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya mengapa wajah pelakon seorang ini berubah. Makin kacak, kata mereka.

Sebenarnya, Poklip tidak kenal secara peribadi pelakon ini. Lagipun, dia boleh dikategorikan sebagai pelakon senior. Sekarang sudah lebih hebat. Usahawan berjaya sehingga selayaknya bergelar jutawan tau.

Poklip perhati juga wajah pelakon itu. Memang ada perubahan. Kalau hendak kata berubah mengikut usia, lain pula bentuk wajah, hidungnya lain daripada dahulu. Cuma tak berani kita hendak bertanya depan-depan kan.

Bukan apa, bab pembedahan plastik atau cucuk botox ini memang boleh bikin hati orang panas. Kalau dia tak buat tak apa, kekacakan itu satu pujian. Tapi kalau betul dia buat, memang cari nahaslah siapa yang bongkarkan.

Tetapi rasanya peminat sekarang tidak bodoh. Kalau tiba-tiba dagu runcing, hidung tajam dan jawline sebatu jauhnya pun dah nampak, memang sah buat muka. Takkanlah sebab air wudhu je kan?

Lagipun zaman sekarang ini, bukan golongan artis sahaja yang memilih untuk melakukan penambaikkan pada wajah mereka tetapi peminat pun ada juga tau. Malah, selebriti media sosial juga ada.

Tapi nak tuduh lebih-lebih karang sentap. Tak apalah, pilihan masing-masing. Janji jangan sampai jadi sarang tebuan sudah muka itu okay? Ala sekarang kan banyak yang guna filters, tunggu apa lagi!

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN