Didakwa hampir berkahwin, Nomad jawab saya bukan Aaron Aziz - Utusan Malaysia

Didakwa hampir berkahwin, Nomad jawab saya bukan Aaron Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERDENGAR bisik-bisik dalam industri khabarnya, penyanyi Nomad didakwa hampir berkahwin dengan seorang wanita yang dikenalinya sebelum dia menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza musim ketujuh pada tahun lepas.
Kononnya juga, Nomad sudah menjalin cinta selama empat tahun dengan wanita misteri tersebut, tetapi hasrat untuk mendirikan rumah tangga terpaksa dibatalkan selepas dia mendapat tahu wanita tersebut mengkhianatinya.
Dalam erti kata lain, hati Nomad pecah berderailah disebabkan kekasihnya itu telah membuat onar. Makanya, langsung tidak jadi kahwin.
Tetapi, dengarnya juga, cerita ini cuma sebuah kisah dongeng yang dikatakan telah dibuat-buat oleh seorang peminat fanatik yang terlalu taksub dengan Nomad.
Ish… kalau betullah begitu, bahaya juga sebab ia boleh mencalar imej dan reputasi Nomad kalau dirinya sering diganggu oleh peminat yang obses melampau.
Untuk kesahihan cerita, Pancaindera mendapatkan Nomad bagi penjelasan lanjut.

Nomad betul ke sebelum ini awak tak jadi kahwin dengan seorang wanita yang didakwa adalah kekasih awak?
Perkara itu tak betul pun. Saya pun terkejut dengan soalan macam ini. Buat apa saya nak sembunyi kalau benda itu betul? Tetapi yang dikhabarkan ini adalah benda yang tidak benar. Kalau ada teman wanita sekarang ini pun akan saya tunjukkan apabila tiba masa yang sesuai.

Orang kata, kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang Nomad. Macam mana tu?
Saya nak cakap macam mana lagi kalau memang perkara itu tidak betul? Saya pun tak kenal mana-mana wanita yang dimaksudkan itu. Siapa dia?

Dalam situasi ini, Nomad rasa ada kebarangkalian tak terdapat peminat wanita yang terlalu obses dengan awak sehingga sanggup buat cerita macam ini? Komen?’
Macam yang dikatakan, saya pun tak tahu siapa wanita tersebut dan cerita mengenai hal ini tiba-tiba sahaja keluar sehinggakan diri sendiri pun jadi keliru dan macam tak percaya. Tetapi saya tak nafikanlah memang ada sahaja orang yang obses dengan artis kesayangan sampai tergamak buat cerita macam itu dan menyebarkannya. Namun untuk saya berdepan dengan situasi begini, tolonglah… Saya ni bukannya kacak macam Aaron Aziz pun. Malah tak selalu pun muncul dalam industri, baru tiga bulan buat kemunculan semula timbul cerita begini. Keliru juga saya.

Memanglah tak muncul, tetapi itu tidak bermakna awak tak ada kawan perempuan bukan?
Macam mana nak zahirkan dengan kata-kata ya? Saya tak aktif sangat pun dalam bab bersosial, malah tak berada dalam kelompok perempuan yang ramai sepanjang saya tiada dalam industri. Memang saya nak elaklah benda-benda yang tak masuk akal macam ini.

Nomad pernah buat kenyataan sebelum ini sudah mempunyai kekasih baru sekarang. Ada yang menganggap ia cuma wayang semata-mata sebab tujuannya nak menutup cerita tak jadi kahwin itu?
Saya tak kata sedang bercinta, sedang berkawan dan berkenalan tu betul. Bukan sebab nak tutup cerita lama atau apa, memang saya sedang berkawan dengan seseorang sejak setahun lalu. Cuma untuk berkongsi lanjut mengenai siapakah dia, saya belum lagi bersedia dan mahu menunggu masa sesuai, yang penting dia cuma orang biasa sahaja.

Kalau suatu hari nanti Nomad menamatkan zaman bujang, risau tak awak akan kehilangan peminat wanita?
Kalau kita sentiasa berada dalam kelompok yang positif, single atau berkahwin, status tidak akan menghalang peminat untuk terus menyokong artis kesayangan mereka. Tak ada istilah takut hilang peminat sebab industri hiburan kita pun bukannya macam di Korea Selatan atau Amerika Syarikat (AS) yang menggila. Peminat saya sekarang pun ada saja yang terdiri daripada golongan ibu dan dah berkahwin. Mereka pun suruh saya berkahwin.

Demi mengekalkan nama dan populariti dalam industri, Nomad rasa penting tak kontroversi untuk seseorang artis itu?
Kalau tujuannya untuk memalukan, saya rasa tak perlu sebab cukuplah nama dikenali menerusi hasil kerja atau karya. Namun saya faham, sebagai artis kita tak dapat elak terpalit dengan kontroversi, cuma orang kita ini lebih suka percaya pada perkara negatif berbanding positif. Warganet merasakan artis ini adalah hak mereka,. Jadi mereka rasa berhak untuk memberi respon tertentu pada sesuatu gosip yang timbul. – Jawablah! Pancaindera

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya