Cinta kembali bertaut? Intan Najuwa kunci mulut - Utusan Malaysia

Cinta kembali bertaut? Intan Najuwa kunci mulut

TIADA lagi kisah peribadi di Instagram, Intan akui lebih berhati-hati.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERNAH mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan sebelum putus di tengah jalan, sehingga kini tiada jawapan pasti mengenai apa status sebenar dirinya.

Enggan menjawab setiap persoalan mengenai kisah cintanya lagi, pelakon ini seakan memberi petanda, tiada lagi kisah peribadi yang akan kongsi kepada umum.

Tahu muat naik gambar mesranya dengan jejaka yang sama kembali menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat, bagi si cantik ini dia nekad dengan keputusan yang dibuat.

Menolak serik sebagai sebab, kongsi Intan Najuwa, selepas berhadapan dengan keadaan yang cukup merungsingkan tahun lalu sudah sampai masanya dia lebih berhati-hati kini.

“Saya tidak akan menjawab apa status hubungan saya kini dengan pihak di sebelah sana (bekas tunang). Buat masa sekarang apa yang boleh saya kongsi bagaimana hubungan ini akan berlangsung mengikut keadaan sahaja.

“Dalam masa yang sama saya mengakui masih mempunyai hubungan yang baik dengan dirinya. Kami masih berhubung, namun soal apa juga status hubungan itu biarlah saya simpan sendiri,” katanya yang sebelum ini pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 40.

Mengakui kekhilafan diri sebagai sebab dia terpaksa berhadapan dengan keadaan toksid, Intan ketika ini cukup dewasa untuk memahami ada perkara yang boleh dikongsi dan ada juga perkara yang perlu dielakkan di media sosial.

“Saya tidak akan terbuka lagi seperti dahulu, itu yang saya belajar. Dahulu mungkin kita juga berasa seronok untuk berkongsi tanpa fikir kesannya.

“Tetapi bila sudah melalui sendiri keadaan itu bagaimana kecaman netizen itu sendiri boleh memberi kesan kepada emosi dan sebagainya, baru tahu bagaimana pentingnya privasi untuk karier lakonan,” jelasnya.

Menolak dia seakan melarikan diri ketika kontroversi ini mengambil tempat, tambah Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, selain sibuk dia juga adalah seorang yang enggan memberi memberi respons kepada perkara yang negatif.

“Saya akui apa yang dilalui sedikit sebanyak memberi tekanan, tetapi saya ambil langkah untuk tidak menjawab dalam mengelakkan perkara ini berlarutan.

“Bila sudah melalui keadaan itu saya dapat lihat kesannya kini bagaimana tiada lagi kisah peribadi yang akan dikongsi selain hanya kerjaya sahaja. Jadi saya lebih suka dengan keadaan ini,” katanya.

SAYA AKAN KONGSI BERITA BAIK

Kekal menjelaskan hubungannya dengan bekas tunang masih dalam keadaan baik. Ketika ini bukan juga rahsia untuk Intan sendiri memberitahu dia menyerahkan segalanya kepada jodoh.

Bagaimanapun dalam tempoh ini bukan perkahwinan yang dirancang, memandangkan kerjaya adalah keutamaan.

“Macam saya cakap tadi ikut sahaja keadaan, buat masa sekarang saya serahkan kepada jodoh kalau ada benda baik saya akan kongsikan. Jangan risau tidak akan merahsiakan apa-apa daripada peminat dan pengikut saya di laman sosial. Doa yang baik-baik untuk saya.

“Cuma kalau ada yang kata tahun ini ada berita gembira itu saya tidak nampak lagi. Selain memang masih sibuk bekerja saya juga yakin dalam umur sekarang kerjaya adalah fokus utama,” kongsinya.

Ditanya sama ada keputusan untuk tidak lagi terbuka, hadir melalui permintaan daripada pihak sebelah sana, Intan bagaimanapun menafikan. Sebagai seorang yang dewasa dia yakin dengan setiap keputusan yang dibuat.

“Tidak ada permintaan dari mana-mana, memang saya yang buat keputusan untuk tidak lagi terlalu terbuka. Sebagai seorang yang dewasa saya yakin dia juga faham.

“Kami dalam keadaan yang baik termasuk keluarga masing-masing. Jadi dalam tempoh sekarang banyak hati yang perlu saya jaga, jadi tidak ada salahnya untuk saya tidak lagi berkongsi kisah peribadi,” jelasnya.

Bakal muncul melalui drama Tak Sempurna Mencintaimu, Intan akui ada keserasian antaranya dan Redza Rosli.

KERJA MASIH SAMA

Intan juga tidak melihat ada masalah untuk dia terus berkongsi gambar dengan mana-mana pelakon lelaki dalam laman sosialnya selepas ini. Ternyata dalam tempoh sekarang Intan tidak ada sekatan untuk memastikan kerjayanya berada pada landasan yang betul.

“Saya tidak ada masalah untuk memuat naik gambar dengan mana-mana pelakon lelaki yang saya bekerja.

“Bagi saya penting untuk berkongsi dengan peminat kerja yang saya lakukan kini dan perkembangan karier,” katanya.

Mengenai perkembangan terkini, Intan masih sibuk di set penggambaran Tak Sempurna Mencintaimu terbitan Zeel Production. Bakal menghiasi slot Akasia di TV3 tidak lama lagi drama ini diarahkan Emi Suffian.

Berkongsi mengenai wataknya, Intan berkata, dia memegang watak sebagai Siratul dalam karya adaptasi novel berjudul sama nukilan Rehan Makhtar.

“Menerusi drama bersiri ini, saya mengubah sedikit watak Siratul. Dalam novel, Siratul digambarkan sebagai seorang wanita yang soft spoken dan mellow. Memang watak yang diberikan ini mencabar memandangkan perlu bermain dengan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN