Pemusnah penyambung nyawa Tandus - Utusan Malaysia

Pemusnah penyambung nyawa Tandus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Reviu

Genre muzik yang tiada sempadan dalam berkarya pastinya memberi impak positif terutamanya bagi pembikin muzik underground yang lebih mengutamakan prinsip, nilai serta harga jiwa mereka dalam menghasilkan sesuatu naskah.
Jika diimbau sejarah, sekitar 1993, kumpulan yang dikenali dengan nama Unbirgotoath, membuktikan kehadiran mereka dengan kemunculan sebuah demo yang nyata mendapat sokongan padu peminat underground ketika itu.
Bernuansakan ‘Old School Thrash Metal, kumpulan yang dijenamakan sebagai Tandus ketika ini telah melahirkan EP berjudul ‘Logam Maut’ yang diriliskan oleh Muzik Box Production dengan kerjasama Ultra Hingax Production.
Setelah lama menyepi, Tandus akhirnya tampil dengan album studio pertama berjudul, Skuad Pemusnah. Album yang mendapat kerjasama jitu daripada Muzik Box Production ini ternyata memberi impak positif buat peminat.
Menurut vokalisnya Nasrulhadi, naskhah tersebut merupakan hadiah buat peminat yang tidak jemu-jemu menyokong mereka selama ini.Tidak keterlaluan mengatakan Skuad Pemusnah seakan memberi nyawa untuk mereka meneruskan perjuangan pada masa akan datang.
Jika sebelum ini mereka tampil dengan EP berbahasa Inggeris, namun Skuad Pemusnah pula memperjuangkan lirik dalam bahasa Melayu. Sebanyak 500 naskhah dicetak dan berjaya dijual habis dalam tempoh satu bulan.
Bertahan dalam usia panjang, menjadikan anggota kumpulan ini turut bersilih ganti. Kini Tandus dianggotai oleh Bloodhungger (Acun) ,One Soul Killer (Wan), Ain Raptor (Ain), Night screamer (Atoi) dan seorang ahli baru yang merupakan bekas ahli kumpulan Logam iaitu Am.
Sebelum pandemik Covid-19 melanda, Tandus sempat menyertai beberapa siri pertunjukan pentas bersama FTG, dan tampil sempena pelancaran album Skuad Pemusnah di Pulau Pinang.
Tandus juga terlibat dalam beberapa album kompilasi antaranya Panggilan Pulau Puaka II, Ultra Violence, Rememberance For Brain Dead, Sengatan Selatan dan lain-lain lagi. – Pancaindera

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya