Julia oleh Fugo - Utusan Malaysia

Julia oleh Fugo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Fugo adalah antara kugiran yang perlu diperhatikan ramai. Sebelum ini, single Waiting oleh mereka berjaya menarik perhatian.
Kali ini mereka tampil dengan single terbaharu, Julia lengkap bersama video muzik penuh angau yang dilancarkan pada 29 November lalu.
Tiada apa-apa yang berat pada single ini; temanya ringan tentang cinta, perempuan dan paling penting, angau. Namun, itulah keistimewaannya.
Lagu ini tidak akan memulakan revolusi tetapi lagu seperti inilah yang akan mengisi revolusi.
Sudah lama rasanya tidak mendengar lagu yang mengagungkan wanita setinggi langit seperti ini. Nuansa indie pop yang dibawa Fugo berjaya bawa kita masuk dalam kisah angau penyanyinya dan turut sama mabuk cinta bersamanya.
Video muzik lagu yang diarahkan Nadeem A. Salam ini membawa tema psikedelik dengan suntingan-suntingan melampau dan permainan warna cerah. Ia berjaya membangkitkan mood angau dalam lagu tersebut.
Memandangkan kugiran seperti Lukarts kini sudah lama menyepi, Fugo mempunyai potensi untuk menjadi kugiran pop disukai ramai jika lagu-lagu mereka yang seterusnya mempunyai kualiti sama seperti Julia. – Reviu, Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya