Isteri, anak bebas Covid-19 - Alif Satar - Utusan Malaysia

Isteri, anak bebas Covid-19 – Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Alif Satar mengesahkan isterinya, Sha Dila Halid dan tiga anaknya  kini bebas daripada Covid-19.

Alif yang juga seorang pengacara mengumumkan berita gembira itu menerusi laman Instagramnya.

“Allah makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah, isteri dan anak-anak Alif bebas daripada Covid-19 dan akan terus kuarantin di rumah selama dua minggu.

“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan Whatsapp. Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan -tuan dan puan- puan sekalian.

“Terima kasih di atas segala jasa anda semua terhadap keluarga saya. Alif doakan Allah akan memakbulkan doa yang sama untuk anda dan keluarga,” katanya.

Sebelum ini, selain Alif, ibu, bapa dan adik bongsu artis serba boleh itu juga disahkan positif Covid-19.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya