Google Malaysia meraikan Saloma - Utusan Malaysia

Google Malaysia meraikan Saloma

Biduanita Negara, Saloma telah merakamkan lebih 500 lagu dan berlakon dalam beberapa filem pecah panggung era 50-an sehingga 80-an.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Google Malaysia hari ini mengabadikan Biduanita Negara pertama, Puan Sri Saloma sebagai doodle carian sempena tarikh penganugerahan gelaran tertinggi dalam industri kepada ikon seni tanah air itu.

Google Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Saloma merupakan seorang pelakon, penyanyi dan ikon fesyen Singapura-Malaysia era 50-an sehingga 80-an yang telah memberi inspirasi kepada ramai wanita sehingga kini.

“Pada tarikh hari ini, tahun 1978, Saloma telah mencipta sejarah apabila dianugerahkan gelaran Biduanita Negara pertama pada ketika itu.

“Terima kasih, Saloma kerana menggunakan bakat seni anda untuk memberi ilham kepada semua yang mengenali dan mencintai karya anda,” kata kenyataan itu.

Saloma atau nama sebenarnya, Salmah Ismail dilahirkan di Singapura pada 22 Januari 1932 dan mula menerokai bakatnya sebagai seorang vokalis seawal umur tujuh tahun.

Dari zaman remajanya, Biduanita Negara itu mula menyanyi secara profesional, memulakan kerjaya muziknya menerusi persembahan-persembahan di kelab malam dan majlis-majlis kahwin.

Saloma telah merakamkan lebih daripada 500 buah lagu dan menerusi lakonannya yang berkarisma, Allahyarhamah telah menunjukkan jalan kepada generasi-generasi pelakon wanita tanah air yang seterusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.