Lari sambil lihat aktiviti otak

Lari sambil lihat aktiviti otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RUTIN larian kini bertambah menarik apabila pelari dapat melihat aktiviti otak mereka.

Pengalaman baharu itu ditampilkan dalam program #Gowild Running Experience yang dilancarkan Puma Malaysia baru-baru ini.

Pengurusnya, Steven Tan berkata, teknologi electroencephalogram (EEG) digunakan untuk mengesan otak pelari semasa menjalankan rutin tersebut.

Data itu kemudian ditukar menjadi karya seni digital yang unik, berdasarkan corak dan tahap otak masing-masing.

Menariknya, pelari berpeluang mencuba rangkaian kasut larian berprestasi tinggi Puma Nitrofoam, termasuk model terbaharu Velocity Nitro 4 dalam program itu.

“Setiap pelari akan mempunyai hasil seni yang berbeza kerana ia menggambarkan emosi, fokus dan pengalaman mental mereka semasa berlari.

“Inilah yang dimaksudkan dengan menjadikan larian sesuatu yang lebih bermakna dan peribadi. Malah ia bukan lagi sekadar aktiviti fizikal, tetapi juga pengalaman emosi dan seni yang unik bagi setiap individu,” katanya.

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh barisan atlet Puma termasuk pemenang pingat maraton Sukan SEA 2017, Muhaizar Mohamad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN