RUTIN larian kini bertambah menarik apabila pelari dapat melihat aktiviti otak mereka. Pengalaman baharu itu ditampilkan dalam program #Gowild Running Experience yang dilancarkan Puma Malaysia baru-baru ini. Pengurusnya, Steven Tan berkata, teknologi electroencephalogram (EEG) digunakan untuk mengesan otak pelari semasa menjalankan rutin tersebut. Data itu kemudian ditukar menjadi karya seni digital yang unik, berdasarkan corak dan tahap otak masing-masing. Menariknya, pelari berpeluang mencuba rangkaian kasut larian berprestasi tinggi Puma Nitrofoam,…