Baju kapas potongan besar wajib ada

Baju kapas potongan besar wajib ada

Potongan besar memberikan keselesaan optimum.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kadang-kadang kita semua perlukan sehelai baju yang tidak perlu fikir banyak. Senang sarung, selesa tetapi tetap nampak gaya.

Macam kawan baik yang tidak pernah menghampakan. Tidak kira mood, tidak kira cuaca, dia sentiasa ada. Inilah kuasa sebuah kemeja kapas potongan besar (oversized) dengan corak belang malar segar.

Ia bukan sekadar baju, tetapi pelaburan gaya yang boleh mengubah hari anda daripada biasa-biasa jadi luar biasa.

Percayalah, ia sesuatu yang perlu ada.

Minggu ini, ingin saya kenalkan Puella Noors, jenama yang lahir daripada hati dua adik-beradik, Noor Sisters.

Puella dalam Latin melambangkan semangat muda yang penuh tenaga, manakala Noor pula ialah nama yang dekat di hati mereka, simbol cahaya dalam perjalanan ini. Puella Noors bukan sekadar label fesyen.

Ia adalah impian bersama yang kini sudah menjadi realiti. Mereka percaya setiap wanita berhak bergaya sambil rasa selesa dan koleksi Constant ialah bukti nyata gaya boleh hadir dengan kesederhanaan dan jiwa yang penuh kasih.

Koleksi Constant adalah baju kapas potongan besar yang menggabungkan belang yang malar segar dan selesa.

Direka dengan concealed button-down, kolar klasik dan poket dengan sulaman halus tangan, ia hadir dalam lima rona elegan iaitu Toffee, Thistle Purple, Anchor Gray, Feldgrau Green dan Pastel Cream. Materialnya pula kapas tidak perlu gosok (ironless) dengan tekstur bubble membuatkan anda tidak perlu risau gosok baju.

Free size pula muat sampai XL, menjadikannya sahabat baik untuk semua bentuk tubuh. Setiap helaian ada sentuhan unik kerana disulam tangan, menjadikannya karya seni peribadi yang patut dijaga rapi.

Cara menggayakan? Kalau anda petite, padankan Constant dengan skinny jeans atau tailored pants untuk seimbangkan siluet longgar di atas.

Untuk tubuh curvy, ikat sedikit di pinggang dengan tali pinggang nipis untuk nampak chic tetapi tetap selesa.

Kalau tinggi dan langsing, sarungkan terus sebagai kemeja bersama dengan sneakers putih, siap untuk lepak minum kopi atau santai.

Bagi yang sukakan gaya minimal, pilih warna Anchor Gray atau Feldgrau Green, masukkan separuh ke dalam seluar slack. Sekejap sahaja dah nampak smart casual.

Akhirnya, inilah pesanan saya kepada setiap wanita. Gaya bukan tentang ikut trend semata-mata, tetapi tentang anda rasa bila memakainya. Koleksi ini mengingatkan kita dalam kesederhanaan ada keyakinan dan dalam keselesaan ada kecantikan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×