Pilihan wanita Malaysia

Pilihan wanita Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pario merupakan salah satu warisan budaya yang tidak lekang dek zaman. Kain panjang yang dililit di pinggang ini dahulunya popular sebagai pakaian harian wanita-wanita Nusantara, termasuk di Malaysia.

Sering dikaitkan dengan kelembutan dan kesopanan, pario memberi ruang kepada wanita untuk mengekspresikan diri tanpa mengabaikan keindahan tradisi. Hari ini, pario terus berevolusi dengan sentuhan moden, menyesuaikan gaya dan keperluan wanita masa kini.

Minggu ini, saya memperkenalkan koleksi Lia Pario keluaran jenama Teera Bellesa yang merangkumi sembilan warna memukau.

Koleksi ini direka dengan motif yang memberi kelainan kepada wanita yang ingin tampil cantik dan berkeyakinan.

Diperbuat daripada ironless crepe yang tidak perlu digosok, pario ini sempurna untuk wanita moden yang inginkan gaya praktikal namun tetap anggun.

Pario ini cukup mudah untuk digayakan, hanya perlu padankan dengan kemeja putih untuk gaya ringkas namun tetap stylo.

Pilihan ini menjadikan Lia Pario praktikal untuk digunakan dalam apa jua acara, sama ada santai atau formal.

Bagi wanita bertubuh langsing, gayakan pario dengan kemeja crop atau blaus berpotongan labuh untuk menambah sedikit volum di bahagian atas. Padankan dengan sandal berplatform dan beg tote sederhana bagi gaya kasual yang segar.

Untuk wanita genit, pilihlah pario yang tidak terlalu panjang dan lilit sedikit lebih tinggi untuk memberi kesan kaki yang lebih panjang. Padankan dengan top tucked-in atau blaus peplum untuk menambah tinggi badan. Pakai kasut tumit sederhana atau kitten heels dan beg tangan sling kecil untuk gaya yang praktikal dan comel.

Bagi yang bertubuh gempal, dirimu boleh tampil memukau dengan pario yang digayakan bersama blouse leher V atau wrap top, yang menonjolkan bentuk badan tanpa perlu berlebih-lebihan. Padankan dengan kasut tumit sederhana atau wedges dan beg tangan berstruktur untuk memberi keseimbangan pada penampilan. Tambahkan aksesori seperti anting-anting besar atau rantai panjang untuk menambah gaya.

Lia Pario daripada Teera Bellesa bukan sekadar sehelai kain, ia adalah satu pernyataan. Pernyataan wanita Malaysia mampu bergaya dengan tradisi sambil tetap relevan dan penuh keyakinan dalam arus masa kini.

Tidak kira apa bentuk badan anda, pario ini mampu memberi ruang untuk semua wanita meraikan keunikan dan keindahan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×