Selendang hasil botol plastik kitar semula

Selendang hasil botol plastik kitar semula

MOTIF bunga orkid, paku-pakis dan monstera menghiasi selendang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN sekadar cantik dan kelihatan semula jadi, selendang keluaran terbaharu jenama Tudung People kali ini juga lebih mesra alam.

Edisi hasil kerjasama dengan syarikat Spritzer itu menghasilkan selendang edisi terhad yang diperbuat daripada botol plastik dikitar semula.

Oleh itu, jenama berkenaan yang mempunyai lebih daripada 100 reka bentuk dan cetakan akan menggunakan lapan botol plastik dikitar semula bagi satu selendang dengan inspirasi reka bentuk daripada botol Icon Spritzer.

Tidak hanya selendang, pengikat rambut atau scrunchie, juga edisi terhad turut diperbuat daripada bahan yang sama.

Kedua-dua rekaan itu menggambarkan imej indah flora hutan hujan dengan warna biru firus (turquoise) sebagai latar belakangnya.

Motif bunga orkid, paku-pakis dan monstera menghiasi selendang dan scrunchie sementara fabrik dengan keseimbangan berat menyokong bentuk selendang dan menepati wajah pemakainya.

Lebih menarik, setiap rekaan selendang juga didatangkan dengan beg saku yang boleh diguna semula untuk menyimpan selendang dengan lebih cantik.

Mula dijual sejak hujung bulan lalu, inisiatif ini juga mencerminkan usaha syarikat air mineral itu menuju masa depan yang berlestari dengan inisiatif menggalakkan dan memelihara keaslian.

Selendang buatan Tudung People x Spritzer itu dijual pada harga RM179, manakala scrunchie comel pada harga RM25 atau set pada harga RM184. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya