fbpx

Batik Raifili terharu PM gayakan baju rekaan anak tempatan

KUALA LUMPUR : Ramai memperkatakan isu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenakan sehelai pakaian mewah dengan harga mencecah RM7,000.

Hal ini menyebabkan perdebatan hangat antara netizen ekoran kegawatan ekonomi malaysia yang melanda sekarang.

Dalam masa sama, ada kenyataan daripada netizen yang menyarankan Perdana Menteri sepatutnya membanggakan produk atau jenama lokal seperti pemakaian batik tempatan.

Isu tersebut telah menarik perhatian Pengasas jenama Raifili, Siti Fitryah Harun, 32, yang berkongsi di akaun Tiktok MamaCT RAIFILI bagi menepis dakwaan netizen yang menganggap pemimpin kita terlalu mengagungkan jenama mewah antarabangsa.

Bagi Fitryah, tindakan pemimpin itu melambangkan bahawa beliau seorang yang berjiwa Melayu dan berbangga dengan rekaan anak tempatan.

Ia dibuktikan menerusi pemakaian batik Raifili menjadi pilihan Ismail Sabri ketika sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang berlangsung di Melaka hujung Mei lalu.

“Saya pun tumpang berbangga kerana beliau sudi menggayakan baju batik daripada jenama kami. Harganya pula jauh lebih murah daripada pakaian jenama mewah seperti yang tular itu,” katanya.

Menurut Siti Fitryah lagi, sebagai usahawan tempatan, sudah tentu dia berasa terharu dengan sokongan yang ditonjolkan oleh seorang pemimpin seperti Ismail Sabri khususnya dalam usaha mengangkat jenama tempatan batik moden.

Malah mereka sendiri turut menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk menghargai batik.

“Susulan itu, Kempen 1 Juta Batik Percuma kepada satu juta penjawat awam di Malaysia telah pun diperkenalkan. Setakat ini sudah lebih 300,000 penjawat awam sudah menebus batik percuma menerusi kempen ini.

“Usaha dan amal kecil ini memberi semangat untuk kami memperkenalkan jenama ini sekaligus dapat membantu memartabatkan pemakaian batik moden Malaysia dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat Malaysia

“Penjawat awam boleh menebus batik percuma melalui pengedar sah Raifili atau di laman sesawang https://1jutabatikpercuma.raifili.com.

“Cara-cara menebus batik ini juga ada di pautan berkenaan. Terima kasih juga untuk rakyat Malaysia yang masih lagi sedar akan kepentingan memartabatkan jenama tempatan dan pemakaian batik dalam kalangan rakyat,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN