Selepas Nora Danish, kini giliran Kilafairy buat MINAZ - Utusan Malaysia

Selepas Nora Danish, kini giliran Kilafairy buat MINAZ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menepis tuduhan sengaja mencipta kontroversi atau publisiti murahan untuk melariskan produk, jenama MINAZ Hijab tetap percaya bahawa usaha dalam menggalakkan ramai wanita menutup aurat dengan bertudung merupakan sebahagian daripada dakwah kecil mereka.

Selepas memperkenalkan Nora Danish untuk siri kempen MINAZ Hijab Blossom 2.0 tahun lalu yang mengundang kontroversi kerana dilihat tidak selari dengan imej tudung dengan wanita tidak bertudung, jenama itu kini menyunting Kilafairy pula untuk kempen sama edisi 3.0 dipanggil Next Chapter.

Pemilihan anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil itu bagaimanapun dipuji ramai bersandarkan imej sopan dan hijrah yang dimulakan oleh Kilafairy sejak tahun 2020.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiza Datuk Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ, dia mempunyai sebab kukuh memilih Kilafairy untuk menjadi mewakili koleksi kali ini.

“Bertepatan dengan kempen global Hari Hijab Sedunia, MINAZ mahu bawakan ikon berhijab dengan cerita tersendiri. Kisah penghijrahan Kilafairy dua tahun lalu memberikan kami inspirasi dalam merangka kempen Next Chapter.

“Ia sekali gus melantiknya sebagai muka hadapan kempen dengan sorotan episod seterusnya saat dia berhijrah memulakan kehidupan fasa berhijab,” katanya yang turut bertindak sebagai Pengarah Fesyen jenama itu.

Kata isteri kepada Tamizee Adzman itu, dia sendiri melihat Kilafairy sebagai inspirasi wanita bertudung.

“Lihat saja kesungguhannya untuk kekal istiqamah berhijab. Paling utama dalam menutup aurat dan kekal sopan, dia masih pandai bergaya. Saya sendiri menghormati pendiriannya untuk tampil dengan gaya yang sangat sopan sewaktu sesi fotografi kempen berlangsung.

“Malah dia sendiri lebih teliti memilih gambar yang tidak menjolok mata dan bersesuaian dengan kempen ini,” katanya.

MINAZ Hijab dilancarkan pada Ogos 2021 dengan taruhan signature printed Blossom Series MINAZ pantas menjadi kegilaan wanita Malaysia.

Kejayaan koleksi terdahulu contohnya sebanyak 300,000 helai terjual selepas lima bulan dilancarkan turut berpanjangan kepada siri terbaru menggunakan khidmat dan pesona Kilafairy.

Malah, pra-tempahan tudung bawal siri ketiga itu berjaya terjual 250,000 helai.

“Salah satu impian saya selepas 12 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan fesyen ini mahu berkongsi rezeki. Kini ia menjadi nyata kerana ribuan ejen dan stokis seluruh Malaysia berjaya menjana pendapatan bersama kami,”katanya.

Untuk info lanjut, boleh layari laman sesawang www.minaz.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya