Rekaan kontemporari ilham samudra - Utusan Malaysia

Rekaan kontemporari ilham samudra

'The Vintage Is Now' diilhamkan produk vintaj yang mengekalkan elemen kesukanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Samudra terbentang memberikan banyak inspirasi buat setiap insan, lebih-lebih yang bergelumang dalam dunia kreatif.

Keindahan laut dan pengangkutan membelah samudra diangkat sebagai tema utama dalam koleksi musim panas Onitsuka Tiger.

SEGALA-GALANYA TENTANG PERINCIAN

Setiap sudut diperincikan dengan sebaiknya tanpa meninggalkan aspek warisan yang menjadi tunjang kebanggaan jenama.

Menariknya setiap tema diangkat dalam koleksi ini mengisahkan tentang inspirasi kain layar pada kapal layar yang bergerak di lautan mengikut pergerakan angin.

Gaya kesukanan digabungkan bersama daya inovasi. Inspirasi ini dapat dilihat menerusi helaian pada nuansa, potongan dan perincian ditonjolkan dalam setiap rekaan.

Meskipun menampilkan stail segar menerusi helaian kontemporari, koleksi musim panas kali ini tetap mengekalkan semangat jenama, menerusi permainan palet warna yang menonjol antaranya jingga dan biru.

Motif garisan ringkas dalam rona hitam dan warna vintaj seperti merah tua dan firus turut mencuri perhatian.

The Sailing Kite, The Clean Lines, The Vintage Is Now dan The Working Progress memiliki ciri-ciri yang barangkali menepati selera anda.

 

Warna, potongan dan setiap perincian dalam koleksi diinspirasikan daripada kain layar pada kapal layar yang bergerak di lautan mengikut pergerakan angin.

Jenama bermula pada 1949 ini diasaskan oleh Kihachiro Onitsuka.

Ia bermula dengan komitmen untuk mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan golongan muda dan sejak itu jalur Onitsuka Tiger sinonim dengan salah satu jenama sukan paling terkenal di dunia.

 

JEJAKA tampil bergaya dengan helaian kesukanan.

Jenama lagenda ini terus hidup sehingga kini dalam paduan warisan Jepun dan gaya moden.

Dengan rekaan siluet klasik diperbaharui hinggalah kepada gaya dan kolaborasi baharu menyegarkan bersama kalangan artisan serta ahli budaya, semangat Jepun terus bergema dalam setiap koleksinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN