Busana muslimah, Jimmy Nour, segar bergaya - Utusan Malaysia

Busana muslimah, Jimmy Nour, segar bergaya

FABRIK tidak panas memberikan keselesaan kepada pemakai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pakaian sopan menerusi segmen pakaian muslimah mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan wanita.

Aneka potongan ditawarkan semata-mata memenuhi selera wanita untuk dipadankan bersama selendang atau tudung pilihan hati.

Blogger fesyen muslimah seperti Dino Tokio, Hana Tajima dan Halima Aden hanya sebahagian nama berpengaruh dalam pakaian sopan.

Sebetulnya ramai lagi nama kian dikenali. Cuma taip fesyen wanita, berderet nama tertera di situ.

HIJAU zamrud.

Ia membuktikan dalam kerisauan dunia terhadap pandemik Covid-19, segmen fesyen masih dapat bernafas dengan selesa.

Masakan tidak kerana baru-baru ini jenama tempatan produk tudung labuh, Jimmy Scarves tampil dengan koleksi pakaian pula – Jimmy Nour.

Pengenalan produk berkenaan diadakan sejajar dengan perasmian butik baharu lebih luas di Seremban.

Pengasas jenama, Azim Mat Noor berkata, pengenalan produk berkenaan dilakukan berikutan segmen pakaian sopan meningkat mendadak sejak beberapa tahun lalu.

SELESA

“Pakaian ditawarkan bukan sahaja menawarkan keselesaan. Lebih daripada itu, rasa yakin dalam kalangan pemakainya.

“Saya yakin peminat pakaian sopan ini tidak terhad kepada wanita Islam sahaja, sebaliknya pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Ada dalam koleksi ini ialah jubah, gaun, skirt dan celana.

Ia hadir dalam rona segar seperti merah jambu, kelabu dan hijau zamrud.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN