Hina nabi: Lebih 300 berhimpun depan Kedutaan India

Hina nabi: Lebih 300 berhimpun depan Kedutaan India

UMAT Islam yang menyertai perhimpunan aman membantah  Kerajaan India dan parti BJP atas penghinaan dua pemimpin kanannya terhadap Nabi Muhammad SAW di Wisma HRIH Lotus Setapak, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 masyarakat Islam mengadakan perhimpunan aman di hadapan Kedutaan India di sini hari ini, sebagai bantahan terhadap kerajaan India dan tindakan biadab jurucakap Parti Bharatiya Janata (BJP) di India, Nupur Sharmah serta Naveen Jindal yang menghina Nabi Muhammad SAW serta isteri baginda, Saidatina Aisyah.

Perhimpunan  berlangsung kira-kira 1 jam bermula pukul 2.30 petang selepas solat Jumaat.

Rata-rata peserta perhimpunan terdiri daripada ahli parti politik, veteran angkatan tentera, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat Islam sekitar.

Sepanjang perhimpunan berlangsung, 10 wakil daripada pelbagai NGO menyuarakan pandangan mereka yang mahu isu itu diselesaikan segera.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Mohd, Zai Mustafa berkata, perhimpunan itu menuntut Kerajaan India mengenakan tindakan tegas  terhadap Nupur Sharmah serta Naveen Jindal. 

“Pendirian NGO Islam adalah  isu ini tak sepatutnya berlaku. Kita lihat isu yang berkaitan dengan agama adalah isu sejagat, mana-mana agama tak boleh membuat provokasi kepada agama lain.

“Perkara ini banyak berlaku di India, kita tak pernah buat provokasi kepada agama lain, kalau ikut rekod. Namun sering  berlaku di luar negara dan India sudah mengulangi lebih dua kali isu ini, tindakan sedemikian tidak patut diulang,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya