LCMB kurangkan penggunaan tenaga - Utusan Malaysia

LCMB kurangkan penggunaan tenaga

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021 – 2030 (LCMB) yang diluluskan Jemaah Menteri pada 29 Oktober lalu mampu mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 51,000 kilo tan minyak setara bersamaan dengan potensi pengurangan pelepasan karbon sebanyak 165 juta tan menjelang tahun 2030.

Menteri Alam Sekitar dan Air,  Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jumlah itu bersamaan pengurangan sebanyak tiga juta kenderaan di atas jalan raya atau penanaman sebanyak 410 juta pokok yang dapat bertindak sebagai carbon sink bagi penyerapan karbon.

Menurutnya, menerusi LCMB, ia menyediakan strategi dan pelan tindakan untuk sektor pengangkutan darat bagi mencapai objektif pengurangan penggunaan tenaga dan pelepasan gas rumah kaca (GHG) menjelang tahun 2030.

“LCMB mempunyai empat bidang fokus yang disokong oleh 10 strategi dan 45 pelan tindakan iaitu, Bidang Fokus A meliputi pengurangan penggunaan tenaga dan pelepasan gas rumah kaca GHG melalui penambahbaikan kecekapan bahan api dan pelepasan GHG oleh kenderaan.

“Bidang Fokus B pula pengurangan penggunaan tenaga dan pelepasan GHG melalui penggunaan mobiliti elektrik manakala, Bidang Fokus C iaitu pengurangan penggunaan tenaga dan pelepasan GHG melalui penggunaan bahan api alternatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, seterusnya Bidang Fokus D iaitu pengurangan penggunaan tenaga dan pelepasan GHG melalui peralihan mod pengangkutan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya