Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah membangunkan teknologi pemakanan dan nutraseutikal berasaskan sawit untuk pengkomersialan oleh syarikat tempatan. Tiga teknologi yang ditawarkan untuk pengkomersialan adalah antara yang dipersetujui oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali. Antara teknologi atau formulasi yang ditawarkan ialah produk tablet boleh kunyah Vitamin E atau Pecahan Kaya-Tokotrienol Sawit yang telah memenangi Anugerah Pingat Emas pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi…