Terkinja menari sambut Aidilfitri

Terkinja menari sambut Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terkinja menari sambut Aidilfitri

Soalan
Apa hukumnya, satu keluarga merayakan Aidilfitri dengan terkinja-kinja menari untuk dijadikan konten dalam media sosial?

Ros Alia
Petaling Jaya

Jawapan
Bagi saya seelok-eloknya elakkan daripada membuat tarian-tarian yang pelik dan menjatuhkan akhlak serta maruah. Sebaliknya kalau ingin juga buat begitu cukuplah sekadar melambaikan tangan dengan lagu-lagu yang tidak bercanggah dengan syarak.

Kawan tak
bayar hutang

Soalan
Ustaz, bagaimana untuk menasihatkan pihak yang berhutang melangsaikan hutangnya sedangkan dia mampu berbelanja di hari raya dan menayangnya dalam Facebook?

Azha Arbi
Pahang

Jawapan
Kes-kes berhutang ini mempunyai pelbagai cara untuk mengutipnya daripada peminjam. Mungkin dengan cara nasihat atau tindakan undang-undang. Boleh juga meminta orang tengah yang dia hormati untuk berunding dengannya bagi pihak tuan. Sebaiknya, sebelum memberi hutang mintalah cagaran untuk dijadikan sebagai alat menyelesaikan hutang.

Tengking anak di depan orang ramai

Soalan
Apakah hukumnya memarahi atau menengking anak-anak di depan orang ramai? Tidakkah itu memberi aib kepada anak-anak tersebut? Apa pandangan dalam Islam?

Suhaila Rahman
Banting, Selangor.

Jawapan
Hukum menengking anak di hadapan orang ramai adalah terlarang kerana ia akan meninggalkan satu kesan yang tidak baik kepada jiwa mereka. Mereka akan malu dengan tindakan itu. Sebaliknya nasihatlah dia di rumah atau di belakang orang ramai.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada
Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada
[email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN