Pendakwah bertauliah penting untuk bimbing mualaf

Pendakwah bertauliah penting untuk bimbing mualaf

ZULKIFLI Hasan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang mualaf pada Sambutan Mahabbah Tahun Baharu Cina Mualaf Peringkat Kebangsaan di Pengkalan Rama, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) komited untuk menambah bilangan pendakwah bertauliah bagi membantu golongan mualaf mendapat akses kepada ilmu berkaitan Islam dengan mudah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, pada masa ini jumlah para pendakwah yang datang daripada pelbagai peringkat umur ditempatkan di setiap negeri adalah mencukupi terutama di kawasan pedalaman.

“Golongan pendakwah yang kita ada hari ini adalah ramai dan akan diperkukuhkan lagi dari masa ke semasa.

“Bahagian dakwah di peringkat Persekutuan sudah ada pendakwah yang ditempatkan di kawasan pedalaman dan kita bekerjasama dengan majlis agama negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu dalam hal ini.

“Mereka akan bergerak secara bersama serta dikoordinasi dan penyelarasan dibuat agar syiar Islam terus didukung oleh golongan mualaf,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Mahabbah Tahun Baharu Cina Mualaf Peringkat Kebangsaan di Pengkalan Rama di sini, hari ini.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 500 mualaf dari seluruh negara dan dimeriahkan dengan pelbagai program antaranya ceramah, penyampaian angpau, pengkisahan sejarah kedatangan Islam dan pertandingan Dapur Panas Mualaf.

Tambah Zulkifli, Jakim sentiasa memantau peruntukan yang diberikan kepada setiap mualaf di seluruh negara.

Ujarnya, pemantauan adalah melibatkan aspek kewangan, malah pelbagai program yang diaturkan turut dinilai sama ada memberi impak atau sebaliknya.

“Proses sedia ada perlu ada pemantauan kerana setiap apa yang kita peruntukan itu perlu ada laporan dan setiap bahagian serta mengukur sejauh mana program yang diaturkan itu berkesan kepada golongan mualaf,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN