Ganti puasa di saat akhir

Ganti puasa pada saat-saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Apakah makruh atau haram mengganti puasa di saat-saat akhir menjelang Ramadan?

Siti
Nibong Tebal

Jawapan
Tidak makruh mengantikan puasa ketika menjelang Ramadan bahkan wajib jika waktu sudah sempit dan tidak ada keuzuran syarie. Namun sebaik-baiknya, qada lebih awal supaya tidak ada yang keciciran.

-Baca Yasin di depan pesakit nazak

Soalan
Ustaz, apa hukumnya membaca surah Yasin di depan orang yang nazak. Ada yang kata tak boleh. Betulkah ustaz?

-Nur
Terengganu

Jawapan
Tidak mengapa membaca yasin di hadapan orang nazak dan ia adalah harus.

Lupa baca Qunut

Soalan
Apakah hukumnya semasa solat fardu subuh bersen­dirian terlupa baca doa Qunut dan tidak sujud sahwi. Adakah sah solat itu?

-Yahya Alang
Shah Alam

Jawapan
Sujud sahwi sunat dilakukan apabila tertinggal melaku­kan sunat ab‘adh dalam solat: Ab‘adh merupakan kata ja­mak bagi ba‘dh yang bermaksud sebahagian, dan ia dinama­kan demikian kerana ia menyerupai perkara-perkara fardu dalam solat, dan disunatkan sujud sahwi jika meninggal­kannya. Ia mengandungi tujuh perkara termasuk membaca Qunut.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected].UTUSAN

 

 

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN