Tubuh koperasi di masjid, tingkat ekonomi kariah

Tubuh koperasi di masjid, tingkat ekonomi kariah

SULAIMAN Md. Ali berucap pada Seminar Pengimarahan Masjid Negeri Melaka Tahun 2023 di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bekerjasama untuk menggalakkan komuniti masjid menubuhkan koperasi bagi meningkatkan taraf ekonomi umat Islam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, setakat ini sebanyak 51 koperasi masjid dan surau telah berdaftar dengan SKM.

Menurut beliau, berdasarkan Laporan Audit SKM Melaka 2022, terdapat lima koperasi kariah yang terlibat secara aktif dengan perniagaan pemborongan dan peruncitan merekodkan pencapaian membanggakan.

“Lima koperasi itu adalah Koperasi Gabungan Masjid- masjid Negeri Melaka Berhad, Koperasi Kariah Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj Bukit Beruang Melaka Berhad, Koperasi Kariah Masjid Taman Merdeka Batu Berendam Melaka Berhad, Koperasi Kariah Masjid Al Muhsinin Melekek Luar Alor Gajah Melaka Berhad dan Koperasi Masjid AnNur Taman Maju Jaya Melaka Berhad.

“Jumlah aset bagi lima koperasi ini sahaja bernilai lebih kurang RM1.3 juta. Pastinya niat mereka (koperasi) yang utama adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi umat Islam di kariah masing-masing.

“Tahniah dan syabas kepada semua masjid dan surau yang telah memiliki koperasi kariah. Saya mengharapkan masjid yang belum menubuhkan koperasi dapat menyahut seruan kerajaan dan menubuhkan koperasi di peringkat kariah masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pengimarahan Masjid di sebuah hotel di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengenai pengimarahan masjid dan surau, Sulaiman menyeru agar institusi berkenaan melakukan anjakan paradigma supaya lebih mesra masyarakat.

Katanya, selain mengamalkan strategi pengurusan dan pengimarahan masjid secara profesional, terdapat tujuh perkara lain yang perlu diberi perhatian oleh jawatankuasa masjid dan surau.

“Kempen Jom Ke Masjid perlu diperkasakan dan melibatkan orang muda dalam ahli jawatankuasa masjid kerana mereka mempunyai banyak idea baharu. Wujudkan bahan bacaan berbentuk Islamik atau info menarik di perpustakaan masjid serta mengadakan majlis makan atau sembang santai dengan jemaah dalam uslub dakwah yang mengharmonikan.

“Setiap masjid juga boleh membina tempat yang serasi bagi orang muda seperti sudut kopi atau kemudahan internet, mewujudkan laman mesra masyarakat sebagai sudut terapi serta memberi insentif kepada orang muda yang melazimi masjid dan terlibat aktif dalam aktiviti anjuran masjid,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya