Tatacara bersalaman, elemen pendidikan kanak-kanak

Tatacara bersalaman, elemen pendidikan kanak-kanak

SEORANG kanak-kanak menunjukkan tatacara bersalaman dengan meletakkan tangan yang disalam pada hidung dan dicium semasa Majlis Amanat Bersama Guru Tadika JAIM di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tatacara bersalaman dalam kalangan kanak-kanak perlu dilihat semula selepas rata-rata mereka dikesan tidak lagi meletakkan tangan yang disalam pada hidung dan dicium, sebaliknya hanya diletakkan pada dahi atau pipi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat meminta seramai 375 guru tadika di bawah agensinya agar mengajar tatacara bersalaman yang betul, sebagai salah satu elemen pendidikan.

Beliau berkata, pelaksanaan itu juga merupakan antara usaha JAIM bagi melahirkan generasi yang menyantuni ibu bapa serta individu lain dengan adab dan akhlak lebih tinggi.

“Saya mahu semua guru tadika JAIM menerapkan tatacara bersalaman kepada anak-anak kecil ini iaitu meletakkan tangan disalam pada hidung dan dicium, bukan di dahi mahupun pipi.

“Sebelah tangan guru pula mestilah diletakkan atau memegang mesra pada bahagian kepala anak-anak itu untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Bersama Guru Tadika JAIM di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini, hari ini.

Tambah Che Sukri, JAIM turut meminta guru tadikanya mengamalkan kaedah pembelajaran berkonsepkan 3V iaitu vocal, visual dan voice.

Jelasnya, bagi menjayakan kemahiran 4M iaitu mengira, membaca, menulis dan menaakul, kaedah 3V dilihat berupaya menangani masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-anak.

“Bagi visual, guru boleh menggunakan kad abjad besar untuk menunjukkan kepada anak-anak bentuk huruf dan lontaran suara juga amat penting bagi memastikan mereka dapat menerima mesej dengan baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya