Suami isteri haram tonton video lucah - Utusan Malaysia

Suami isteri haram tonton video lucah

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, apa hukumnya pasangan suami isteri yang menonton video lucah sebelum melakukan persetubuhan. Berdosakah mereka?

Nordin Mat
Perak

Jawapan
Hukum menonton video lucah sebelum melakukan persetubuhan tetap haram walaupun mereka mempunyai hubungan yang halal dan matlamat yang baik. Namun matlamat tidak menghalalkan cara. Menonton video lucah adalah haram untuk sesiapa pun.

Buang telekung buruk

Soalan
Assalamualaikum ustaz. Kain telekung atau kain solat kalau sudah lusuh dan rosak bolehkah kita buang begitu sahaja? Sebab ada yang kata berdosa kalau kita buang telekung atau kain untuk solat dalam tong sampah. Mohon pencerahan ustaz.

Ros
Pulau Pinang

Jawapan
Sekiranya lusuh dan tidak boleh digunakan tidak mengapa dibuang. Namun kalau ada tempat yang boleh diproses semula untuk digunakan oleh orang lain, ia adalah lebib baik dan sekiranya boleh dimanfaatkan mungkin boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan walaupun kurang afdal.

Solat sunat Isyraq di rumah

Soalan
Saya musykil dengan syarat solat sunat Isyraq yang mana kebanyakan yang saya baca di internet mengatakan mesti berjemaah di masjid dan berada di masjid sehingga masuk waktu syuruk dan waktu Isyraq.

Amy Ali
Kuala Lumpur

Jawapan
Sunat Israq adalah solat yang dibuat sejurus terbit matahari. Ia boleh dilakukan di masjid atau di rumah. Ada ulama yang menafsirkan ia sebagai sunat duha.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya