Sihir haram, berdosa besar jika diamal - Utusan Malaysia

Sihir haram, berdosa besar jika diamal

DR. AHMAD IZZUDDIN ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh FAHMI FAIZ

Sihir perbuatan meminta pertolongan jin dan syaitan bagi mendapatkan sesuatu. Lazimnya ia bertujuan memudaratkan orang lain, akibat perasaan hasad dan dengki si pelaku.
Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Ahmad Izzuddin Abu Bakar, sihir ditakrifkan oleh ibnu Qudaimah sebagai jampi serapah yang memberi kesan kepada hati dan perasaan serta tubuh badan dan ia boleh mendatangkan penyakit, membunuh, memisahkan suami isteri dan seumpamanya.

DIDORONG DENGKI

Katanya, antara faktor pelaku menyihir orang lain adalah hasad dengki.
“Orang yang berdengki tidak mahu sesuatu kelebihan dan kebaikan berada pada orang lain tetapi hanya pada dirinya sendiri. Hasilnya, jalan mudah akan dicari untuk menghilangkan kelebihan tersebut dengan melakukan sihir. Keadaan ini adalah realiti yang berlaku di dalam masyarakat.
“Kaitan antara sihir dan dengki juga dapat dilihat apabila Allah SWT menggesa meminta perlindungan daripada kejahatan sihir dan pendengki di dalam dua ayat yang berturutan (al-Falaq: 4-5),” katanya kepada Mingguan Malaysia, baru-baru ini.

MODUS OPERANDI

Ahmad Izzuddin berkata, sihir dilakukan dengan meminta pertolongan jin dan syaitan untuk mendapatkan sesuatu, dan perkara ini terjadi dengan mendekatkan diri kepada kedua-duanya.
Menjelaskan lanjut, beliau berkata hukum mengajar, mempelajari dan melakukan sihir adalah haram dan merupakan dosa besar.
“Para ulama berbeza pendapat mengenai orang yang terlibat dengan perbuatan sihir samada dia menjadi kafir atau sebaliknya.
Jumhur atau kebanyakan ulama seperti imam Malik, imam Abu Hanifah dan lain-lain menyatakannya sebagai kafir.
“Mereka berdalilkan kepada ayat al-Quran, dalam surah al-Baqarah ayat 102: “Dan tidaklah kedua-duanya mengajar seseorang sehinggalah mereka berkata sesungguhnya kami adalah cubaan (untuk menguji imanmu) maka janganlah engkau menjadi kufur dengan mempelajarinya,” jelasnya.

DOSA BESAR

Justeru, tegas Ahmad Izzuddin, orang ramai mesti ditanam dengan kesedaran implikasi amalan sihir.
“Ia adalah dosa besar yang boleh terjerumus kepada kekufuran. Selain itu, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang mendatangi bomoh lalu meminta sesuatu daripadanya, tidak diterima solatnya empat puluh hari” (Muslim: 2230).
“Dalam masa sama, pihak-pihak yang berkenaan perlu menggubal undang-undang berkaitan jenayah sihir. Ini membolehkan pesalah dikenakan hukuman setimpal sekali gus mencegah perbuatan terkutuk ini dengan lebih berkesan,” katanya.

Dr. Ahmad Izzuddin
Abu Bakar
» Umur: 42
» Karier: Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM.
» Jawatan Dalam Pertubuhan:
AJK Pertubuhan Penyelidikan Islam Al-Juwaini Malaysia.
Ahli Yayasan Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP).
» Latar Belakang Akademik:
Sarjana Muda Pengajian Islam, Universti Sains Dan Teknologi, Yaman.
 Sarjana Hadis dan Ilmu Hadis Universiti Al-Quran Karim Dan Ilmu-Ilmu Islam, Sudan.
 Ph.D Pengajian Quran Dan Sunnah Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.