Bantu abang bina Madrasatul Quran Sahabat - Utusan Malaysia

Bantu abang bina Madrasatul Quran Sahabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HATI Mazlan Mamat, 48, tersentuh melihat pengorbanan abangnya, Mohd. Mahadi yang sanggup menjual rumah di Kuala Lumpur semata-mata untuk membangunkan Madrasatul Quran Sahabat di Hulu Terengganu, kira-kira enam tahun lalu.
Bermula detik itu, dia sentiasa bersama-sama abangnya dalam memastikan perjuangan membuka sekolah pondok berkenaan dapat menjadi kenyataan.
Mazlan yang merupakan Penolong Mudir berkata, Madrasatul Quran Sahabat yang beroperasi sejak 2017 itu kini mempunyai seramai 30 pelajar lelaki yang berusia antara 10 hingga 20 tahun.
“Berbekalkan modal milik abang dan sumbangan orang ramai, kita menjalankan kerja-kerja pembangunan secara berperingkat di tapak seluas 0.68 hektar yang diwakafkan oleh seorang individu dengan kos mencecah RM1 juta.
“Hingga kini kerja-kerja pembangunan masih dijalankan termasuk bagi membina sebuah lagi asrama di samping beberapa tandas untuk kemudahan seluruh warga madrasah ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.
Menurut Mazlan, kebanyakan pelajar di madrasah itu ialah anak-anak tempatan dengan dibantu seramai lima tenaga pengajar.
Katanya, pendekatan pendidikan adalah berasaskan hafazan dengan jadual harian bermula seawal pukul 4.30 pagi hingga 11 malam.
“Menariknya, kewujudan Madrasatul Quran Sahabat sedikit sebanyak membuka ruang buat komuniti setempat terutama golongan muda untuk mempelajari al-Quran di sini secara berkumpulan.
“Berdasarkan perancangan masa depan kita ingin menawarkan pengajian ‘alim’ pula di samping berhasrat mengambil pelajar perempuan, namun semua itu bergantung kepada kemudahan yang ada kelak,” katanya.

Mazlan Mamat

Umur: 48
» Tempat lahir: Pulau Rusa, Kuala Terengganu
» Pendidikan:
Diploma Perakaunan di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza)
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
» Jawatan:
» Penolong Mudir di Madrasatul Quran Sahabat, Hulu Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya