USAHA pelbagai organisasi agama baik agensi kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdakwah kepada masyarakat Orang Asli tidak terhenti biarpun dalam suasana negara ketika ini yang masih diancam pandemik Covid-19. Di Kelantan, antara agensi terbabit termasuklah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Yayasan Al-Khalifah. Turut aktif dan komited memastikan syiar Islam terus berkembang dalam kalangan masyarakat…









