Filem tingkap automotif berasaskan nanopartikel zirkonium dioksida (ZrO₂) kini digunakan sebagai salah satu teknologi untuk membantu mengurangkan kemasukan haba ke dalam kenderaan.
Teknologi itu dibangunkan Drive Fit Sdn. Bhd. menerusi produk Nano Zirconia Ceramic Max HD yang menggunakan ZrO₂ sebagai bahan utama.
Pengarah Jualannya, Simon Chin berkata, pencapaian berkenaan mencerminkan komitmen syarikat dalam memajukan teknologi seramik zirkonia dan menyediakan penyelesaian perlindungan automotif yang inovatif.
Katanya, penggunaan bahan tersebut membolehkan filem mempunyai kekonduksian haba yang rendah dan membantu menyebarkan haba.
Keupayaan filem berkenaan ditunjukkan menerusi demonstrasi secara langsung baru-baru ini.
Ia sekali gus membolehkan produk berkenaan menerima pengiktirafan Asia Records menerusi gelaran Ceramic Film with the Highest Heat-Blocking Performance in Asia.
“Pengiktirafan ini mendorong kami untuk terus membangunkan penyelesaian perlindungan automotif yang inovatif untuk pelanggan di seluruh Asia,” katanya.
Menurutnya, pembangunan filem berkenaan melibatkan penyelidikan, teknologi bahan, proses pembuatan dan kawalan kualiti.











