Siri jelajah Miss Malaysia Kebaya 2026 di 6 lokasi

Siri jelajah Miss Malaysia Kebaya 2026 di 6 lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Miss Malaysia Kebaya (MMK) kembali lagi tahun ini dalam usaha untuk terus memelihara dan memartabatkan busana warisan negara.

Edisi ke-12 ini akan menjelajah ke enam lokasi bagi mencari peserta terbaik di samping memperkenalkan keindahan kebaya kepada masyarakat.

Pengasasnya, Dr. Jason Hee berkata, siri jelajah itu turut menampilkan pelbagai pengisian seperti persembahan budaya, forum, bengkel, inisiatif kebajikan dan pertunjukan fesyen.

Katanya, lokasi pertama adalah di pusat beli-belah Sunway Velocity (27 Jun) diikuti Aeon Mall Negeri Sembilan 2 (5 Julai), Paradigm Mall Johor Bahru, Paradigm Mall Kelana Jaya (21 hingga 23 Ogos), Mahkota Parade (29 Ogos) dan The Top Atrium Pulau Pinang (5 September).

Acara kemuncak iaitu pertandingan akhir pula dijadualkan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 3 hingga 4 Oktober depan.
“MMK bukan sekadar pertandingan ratu cantik, tetapi gerakan nasional untuk memelihara warisan budaya, memperkasa wanita, mencungkil bakat-bakat baharu, mempromosikan pelancongan dan mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia.

“Melalui siri jelajah ini, kami mahu memberi inspirasi kepada komuniti, meraikan kepelbagaian dan mempamerkan khazanah budaya Malaysia,” katanya ketika pelancaran baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN