Dua jenama makanan haiwan peliharaan, MR.VET dan Bite of Wild, meraih pengiktirafan di Orange Dot Award baru-baru ini.
Kejayaan itu membuktikan keupayaan jenama Asia Tenggara dalam menghasilkan produk nutrisi haiwan berasaskan sains dan inovasi.
MR.VET memenangi kategori Inovasi Biotek menerusi teknologi precision healthcare yang menawarkan penyelesaian nutrisi khusus untuk kucing, termasuk penjagaan sistem pencernaan, kulit, bulu dan saluran urinari.
Jenama itu turut menggunakan teknologi freeze-drying bagi mengekalkan nutrien sensitif dalam produk, selain memperkenalkan siri T-series mengikut keperluan kesihatan kucing.
Sementara itu, Bite of Wild membawa pulang trofi kategori Nutrisi menerusi pendekatan pemakanan semula jadi yang diinspirasikan daripada diet asal kucing sebagai karnivor.
Produk Bite of Wild 42 Series mengandungi 92 peratus bahan berasaskan haiwan, 42 peratus protein kasar serta bebas daging khinzir dan bijirin.
Menurut wakil syarikat, pengiktirafan itu mengukuhkan komitmen mereka dalam membangunkan penyelesaian nutrisi berkualiti tinggi untuk haiwan peliharaan.
Dalam pada itu, Malaysia terus memegang peranan sebagai pasaran paling penting dan strategik bagi pertumbuhan segmen makanan haiwan peliharaan premium di rantau ini seiring dengan peningkatan kadar pemilikan haiwan serta kesedaran terhadap penjagaan kesihatan pencegahan.
Pemilik haiwan di negara ini kini dilihat semakin bijak dan peka terhadap kualiti ramuan, ketelusan sumber produk, serta impak kesihatan jangka panjang, selari dengan trend global yang menganggap haiwan peliharaan sebagai sebahagian daripada ahli keluarga.











