Berbaki dua bulan sebelum dibebaskan dari Sekolah Henry Gurney, Sarawak, Nazhan (bukan nama sebenar) mula memasang impian untuk membina kehidupan baharu. Pemuda berusia 21 tahun itu bercita-cita melanjutkan pengajian ke universiti dan mendapatkan pekerjaan yang stabil, selain terus mengembangkan kemahiran menyulam keringkam yang dipelajarinya di institusi tersebut. Ibunya merupakan antara individu paling gembira apabila mengetahui dia mempelajari seni sulaman warisan Sarawak itu. “Ibu mahu tengok saya berjaya dan berharap saya…










