Profesion akauntan terus dilihat mempunyai prospek peluang kerjaya yang cerah dan relevan seiring perkembangan ekonomi serta transformasi digital yang kini semakin pesat membangun. Permintaan terhadap tenaga profesional dalam bidang perakaunan semakin meningkat, khususnya melibatkan sektor korporat, kewangan, percukaian, audit serta tadbir urus syarikat. Justeru Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) kini menjadi pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai salah sebuah institusi yang menyediakan modul pembelajaran dalam bidang perakaunan bagi…









