Teknologi goldius-glam rawat pigmentasi

Teknologi goldius-glam rawat pigmentasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Masalah pigmentasi boleh menjejaskan penampilan dan keyakinan diri seseorang, terutama apabila tompok gelap semakin ketara.

Namun, isu itu kini boleh diatasi menerusi teknologi Goldius-Glam yang diperkenalkan klinik estetik, UR Klinik.

Pengasasnya, Fong Toh Jeng berkata, rawatan itu bersifat menyeluruh, bukan sahaja memperbaiki penampilan luaran, malah membantu meningkatkan kesihatan kulit secara berperingkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Paling penting, ia dikendalikan oleh pasukan profesional yang terdiri daripada doktor estetik, terapis dan perunding berpengalaman.

“Sebagai pakar pigmentasi kulit terbaik di Malaysia, setiap cawangan kami dilengkapi dengan peralatan gred perubatan berteknologi tinggi dan produk berkualiti.

“Ia bertepatan misi menyediakan penyelesaian khusus untuk setiap keadaan pigmentasi pelanggan,” katanya.

Baru-baru ini, UR Klinik menerima pengiktirafan The Asia Records sebagai klinik peneraju rawatan pigmentasi kulit yang dikuasakan teknologi goldius-glam bagi 2025.

Katanya, kejayaan itu hasil komitmen berterusan dalam menyediakan rawatan dermatologi yang mengutamakan keberkesanan dan keselamatan kepada pesakit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini