Pemuda 22 tahun buka kedai kopi 24 jam

Pemuda 22 tahun buka kedai kopi 24 jam

DANISH Adam (tengah) semasa pembukaan DRE Coffee di Cyberjaya, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGLIBATANNYA dalam dunia perniagaan bermula seawal usia lapan tahun.

Ketika itu, Danish Adam Mohd. Fadzil, 22, bersama rakan-rakannya di pusat tahfiz menjadi sukarelawan dengan membantu peniaga di pasar malam.

Semasa pandemik Covid-19 melanda, dia mencuba nasib menjual penutup muka sebelum menguruskan pusat belah-belah komuniti dan pengedaran.

Dalam masa sama, anak sulung daripada lima beradik ini turut membantu perniagaan keluarga dalam sektor makanan dan minuman (F&B).

Pendedahan awal itu sekali gus mencetuskan ilham untuk membuka kedai kopi 24 jam, DRE Coffee di Cyberjaya, baru-baru ini.

Malah, pengalaman menetap di Seattle, Amerika Syarikat (AS) yang terkenal sebagai pusat budaya kopi dunia turut mengukuhkan minat pelajar jurusan sains politik di University of Oregon ini untuk menceburi perniagaan itu.

“DRE Coffee bermula daripada minat saya membancuh kopi untuk rakan-rakan di Seattle.

“Daripada situ, saya melihat potensi lebih besar iaitu mewujudkan sebuah ekosistem yang memberi manfaat kepada semua,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran baru-baru ini.

Sebagai perancangan masa depan, dia menyasarkan untuk membuka cawangan kedua di Eugene, AS pada 2027.

Pilihan ideal pelajar, profesional

Danish Adam berkata, DRE Coffee direka khas mengikut gaya hidup bandar.

Premis itu sesuai dijadikan sebagai tempat bekerja, ruang pembelajaran, lokasi pertemuan dan platform interaksi komuniti.

Apatah lagi dengan tarikan operasi 24 jam, sekali gus menjadi destinasi ideal untuk pelajar, profesional dan komuniti digital yang aktif pada bila-bila masa.

Istimewanya, pelanggan turut berpeluang menjana pulangan tunai dan pendapatan dengan memperkenalkannya kepada orang lain.

“Misi saya bukan sekadar membangunkan jenama kopi tetapi membina gerakan, di mana orang yang datang bukan sahaja untuk minum, tetapi berhubung, berkongsi dan menjana bersama.

“Sistem yang digunakan ini turut memberi insentif kepada kakitangan berdasarkan setiap cawan yang dijual,” katanya.

Jelasnya, pendekatan itu bertujuan memecahkan norma industri kopi tradisional dengan mengagihkan nilai kembali kepada pelanggan, kakitangan dan komuniti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN