CARA Aqmar Danish Radzi, 18, melihat dunia mungkin sedikit berbeza berbanding remaja normal lain, namun ia bukan alasan untuk mengehadkan potensi diri. Kemampuannya terserlah dalam video pendek kebangsaan ‘Malaysia Di Mata Saya’ yang tular di media sosial. Ia bukan sekadar video pendek, tetapi satu langkah besar untuk berkomunikasi dengan dunia melalui caranya sendiri. Pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Johor ini merakam kehidupan sehariannya dengan pendekatan paling ringkas dan…










